Assalammualaikum. Siapa Cikgu Mokhtar? ED ramalkan dia bakal popular selepas tindakannya menghantar pendapatnya yang pedas tentang "guru yang tidak dibebani dengan kerja" di akhbar Utusan Malaysia. Maaf, tiada gambar muka Cikgu Mokhtar yang ED perolehi, cuma ED akan lampirkan pendapat Cikgu Mokhtar yang bakal mengundang kontroversi (macam artis la pulak).
kredit utusan online
ED secara jujurnya memang tekejut dengan pendapat Cikgu Mokhtar. ED rasa, ramai guru2 tak puas hati dengan kenyataan Cikgu Mokhtar. Bakal popular la Cikgu Mokhtar selepas ini.. Ekoran daripada pendapat Cikgu Mokhtar di akhbar Utusan Malaysia, semalam ada Guru Tua (gelaran dirinya) yang membalas dan menyanggah kenyataan Cikgu Mokhtar di akhbar yang sama. Wah, bertambah panas topik ni..
klik Guru Tua Utusan Online untuk berita yang lebih jelas.
ED sokong dengan kenyataan Guru Tua tersebut. Sarang tebuan jangan dijolok. Maksudnya, kalau sekarang Cikgu Mokhtar dalam keadaan santai menjadi guru di Sabah, tak perlu kecoh2 di media pasal guru lain. Nanti kan lain jadinya.. Bersama-sama menghormati kredibiliti guru-guru di Malaysia.
Berkaitan topik hari ini, ED nak kongsi kesibukan ED di sekolah minggu ini. Bukan beban tapi tugas yang ED mesti laksanakan. "Kami yang menurut perintah", itu yang diajar kepada guru-guru baru semasa ED berkursus di Tanjung Balau tahun lepas. Tipu la kalau ED kata tak penat tapi dah kerja ED memang macam tu, buat je la.
1. Minggu ini ED sibuk membantu Setiausaha Kokurikulum Syida menguruskan bayaran Larian Perdana Mahkota yang akan berlangsung esok. ED kan naib SU kokurikulum sekolah. Esok, semua sekolah di Johor akan terlibat dalam acara larian Perdana mahkota
Borang Larian Perdana Mahkota. Guru dan murid tahun 4, 5, 6 wajib sertai..
2. Selepas itu, minggu ini juga dah mula semakan buku latihan oleh Pihak Pentadbir. Jadi, ED kena kumpulkan semua buku latihan murid untuk disemak oleh GPK 1. Nak tahu berapa? 5 buku tulis BM darab 2 kelas (60 orang murid), jumlahnya 300 buku tulis. Sebelum dihantar untuk disemak, ED kena tanda dulu semua buku tersebut. ED tak habis tanda lagi. Huhu..
Inilah antara buku-buku yang mesti ED tanda sebelum dihantar untuk semakan GPK 1
3. Kejutan untuk ED minggu ini, ED ditugaskan mengajar Kelas Malam untuk budak-budak yang bakal menghadapi UPSR tahun ini. Hari Rabu lepas adalah pengalaman pertama ED mengajar kelas malam untuk subjek BM.
Jadual Kelas Malam ED bermula pukul 8 hingga 10 malam
4. Ada lagi, minggu ini juga ED kena kutip pelbagai bayaran daripada anak murid kelas ED. Kena kutip:
- duit larian RM2
- duit kad JQAF RM2
- sumbangan Maulidur Rasul RM5
- duit yuran sekolah
- duit kad pusat sumber (smart card)
Cara ED mengasingkan kutipan duit tersebut.. banyak sangat duit yang mesti dikutip...
5. Akhir sekali, tugas rutin seperti mengajar dan menjaga kebajikan kelas sendiri tetap dilaksanakan juga.
Mesti ambil kedatangan murid setiap hari
Pengajaran dan pembelajaran mesti dilaksanakan walaupun sibuk
Kesimpulannya, jadi guru ni ada pro dan kontra. Kadang2 relax, kadang2 busy. Kepada Cikgu Mokhtar, renung2kan.... Guru pembina minda dan akhlak anak bangsa. Udada Ubabye!!
ED: Bagusnya kalau ada pengarah drama buat drama tentang dunia guru yang sebenar. Macam drama Gerak Khas. hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan