Hai, Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Topik hari ini pasal TV. Tahun lepas, anda tengok tak drama Asmara lakonan Shah Jaszle dan Faezah Elai di TV3? Kepada yang lupa, drama tu disiarkan dalam slot Lestary setiap hari Selasa pukul 9.00 malam. Drama tu fenomena juga la sebab jalan ceritanya lain daripada yang lain. ED cerita sikit, drama tu mengisahkan Asmara (Shah Jaszle) yang menjadi Pak Sanggup kepada Zalia (Faezah Elai). Kerana Asmara ni baik sangat, dia ikut je suruhan ayahnya untuk berkahwin dengan Zalia yang hamil terlebih dahulu padahal dia menyukai Melati (Faralyana).
kredit gambar mohd isa
Drama Asmara menjadi buah mulut masyarakat Malaysia. Setiap episod mesti dinanti-nanti. Yang paling best masa episod akhirnya, boleh pulak jalan ceritanya macam tu.. Mak bapak Zalia menipu kepada Asmara bahawa Zalia dah mati sebab nak Asmara kawin dengan Melati. Padahal Zalia tak mati lagi. Ha.. anda nak tahu kesinambungan drama Asmara selepas episod akhir? Akan ada Asmara 2 lepas ni. Betul.. Asmara akan ada sekuelnya. Semalam ED terbaca twitter Shah Jaszle pasal dia tengah shooting Asmara 2.
Kredit gambar twitter Shah Jaszle
Semoga drama ni sukses. Okelah jom kita ZZ pasal drama Asmara ni.
5 yang Zest drama Asmara
- Tahniah Shah Jaszle, lakonan mantap!
- Jalan cerita (plot) lain daripada yang lain..
- Lagu tema dan lagu latar drama terbaik..
- Setiap episod, ada saja kejutan untuk penonton..
- Drama yang penuh dengan mesej dan pengajaran.
2 yang Zrett drama Asmara
( jangan terkejut, memang ada 2 je yang Zrett)
- Ada ke lelaki nama Asmara?
- Episod akhir sukar diterima akal penonton. Macam tak realistik. Tapi ED faham, itu hanya sekadar karya manusia. Bukan kisah benarpun.
Okelah, sampai disini dulu untuk hari ini. ED akhiri dengan video klip Sixth Sense yang menjadi lagu tema drama ni. Udada Ubabye!!
ED: Semoga drama Asmara 2 lebih hebat lagi..
sedang menanti asmara 2 hehe
BalasPadam