Isnin, 7 Februari 2011

Telenovela Mari Mar, Filipina tiru Mexico?

Hai, dulu ED minat sangat tengok cerita Mexico a.k.a telenovela. Untuk pengetahuan anda, telenovela Mari Mar yang akan ditayangkan di TV3 pada 9 Februari nanti adalah versi saduran dari Filipina. Versi asalnya ialah dari Mexico lakonan Thalia dan Eduardo Capetillo. Telenovela Mari Mar versi Mexico pernah ditayangkan di saluran TV Indonesia SCTV. Kalau tak silap tahun 2004 semasa ED di tingkatan 6. ED dah pernah tengok cerita ni dulu, jadi ED dah tahu jalan cerita Mari Mar yang akan ditayangkan nanti. Cuma pelakonnya berbeza.

 Mari Mar versi saduran Filipina

Mari Mar versi asal Mexico

Istimewa untuk pembaca blog ini, ED akan ZZ tentang telenovela Mari Mar versi Filipina. Jom..


5 yang Zest!


  1. Pelakon utama, Marian Rivera dan Dindong Dantes sangat popular di Filipina.
  2. Mengisahkan kegigihan Mari Mar meneruskan kehidupan yang serba kekurangan.
  3. Pantai menjadi latar tempat dalam telenovela ini. Wow..
  4. Lagu tema Mari Mar mudah diingati sebab "catchy"..
  5. Watak Mari Mar yang cantik, gigih, tabah dan kelakar menjadi daya tarikan telenovela ini.

5 yang Zrett!!
  1. Mari Mar Filipina adaptasi  daripada telenovela Mari Mar Mexico. (Tak ori la..)
  2. Kalau anda peminat telenovela Latin, jalan cerita Mari Mar sama je dengan telenovela sebelum ini. Gadis yang mula2 miskin, lepas tu jadi kaya.
  3. Cinta gadis miskin dengan jejaka kaya dalam drama ni dah biasa sangat ada dalam drama lain.
  4. Kanak-kanak bawah 12 tahun tak digalakkan menonton telenovela ini. (Babak di pantai, faham2 sendiri..)
  5. Kenapa tak ditayangkan Mari Mar Mexico lakonan Thalia (Rosalinda) di TV3? ED minat Thalia..
 Mari Mar Filipina (Marian Rivera & Dindong)


Mari Mar Mexico (Thalia & Eduardo)
Catatan hari ini ringkas je, sebab ED penat la. Di sekolah banyak urusan yang mesti diselesaikan minggu ini. Okelah, selamat menonton Mari Mar, telenovela baru di TV3 bermula Rabu ini jam 3.00 petang. Udada Ubabye!!

 Lagu Tema Mari Mar Mexico & Filipina


ED: mari mari tengok Mari Mar..

3 ulasan:

  1. MariMar versi Filipino ni best taaaaau :) watched it last year :)

    BalasPadam
  2. oi thalia blakon dlam cite rosalinda? same minat la kita. sangat minat sampai lirik laguny pun hafal.

    BalasPadam
  3. ya, thalia yang berlakon rosalinda tu. dia mmg ratu telenovela pada satu ketika dulu..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi