Selasa, 15 Mac 2011

Karangan BM: Cerita yang pelik..


Hai, semalam secara rasminya ED dapat menyelesaikan menanda kertas ujian karangan murid-murid. Sebanyak 61 karangan yang ED kena tanda daripada 2 kelas tahun 5 yang ED ajar. Sesiapa yang jadi guru Bahasa Melayu, mesti emosi anda tak stabil bila menanda karangan budak-budak ni.. Kadang-kadang nak ketawa, kadang-kadang nak marah, kadang-kadang gembira dan kadang-kadang bersimpati. Khas untuk hari ini, ED nak berkongsi tentang 1 karangan murid ini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi ED nak berkongsi pengalaman menanda kertas karangan bersama anda. Karangan murid ini memang di luar jangkaan kita. Penasaran? Jom baca...

Klik 2x pada gambar untuk besarkan

Kalau anda tak faham gambar di atas, ED dah buat sari katanya di bawah:

    Suara azan Subuh kedengaran sayup di udara. Semasa berjalan ke dapur, aku terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba aku terdengar ibu menjerit kesakitan. Zul pun tiba dan bertanya "Mengapakah ibu menjerit? " Ayah belum pulang dari kerjanya. Zul menelefon ayah pulang cepat kerana ibu sakit. Ayah pun pula untuk membawa ibu ke hospital. Setelah sampai ke hospital, doktor memberitahu ayah bahawa ibu telah keguguran.

    Ibu dirawat di Hospital Sultanah Aminah. Ayah menyesal kerana meninggalkan ibu dan anaknya. Ibu bertanya kepada ayah, anakku di mana ayah? "Anakmu sudah meninggal dunia semalam", jawab ayah. Tiba- tiba ibu pengsan dan keadaan semakin.... (bersambung)

Haa.. agak-agak anda, apa kesudahan cerita budak ni? Jom kita ikuti sambungannya..

 Klik 2x pada gambar untuk besarkan

    Tiba- tiba ibu pengsan dan keadaan semakin kritikal. Doktor memberikan ubat kepada ibu. Zul pun menangis kerana tidak dapat adik. Zul memeluk ibunya sambil menangis. Tiba-tiba ibunya menjerit kesakitan lagi. Zul memanggil ayah. "Ayah, ibu menjerit sakit-sakit." Ayah masuk ke dalam wad dan memanggil doktor.

    Doktor memeriksa, tiba-tiba ada khabar baik. Ibu pun mengandung lagi. Zul memanggil ayah. Zul bahagia kerana akan mendapat adik yang baharu.

    Ibu pun turut gembira dan ayah bersyukur kepada Allah kerana bakal mendapat cahaya mata lagi.

Aduh, Ed betul2 terkejut bila baca dan tanda karangan budak ni. Boleh pulak seorang wanita yang keguguran, mengandung balik dalam sekelip mata di hospital? Pelik2.. Budak ni tak bersalah sebab dia mungkin tak tahu apa-apa lagi tentang bagaimana bayi terbentuk. Kesalahan budak ni adalah tidak membaca soalan dengan teliti dan dia menulis ikut suka hati je..

Okelah, naik cuti nanti ED akan jumpa budak ni dan bimbing dia menulis karangan dengan betul. InsyaAllah. Yang baik dijadikan pengajaran dan yang tidak baik dijadikan sempadan. Udada Ubabye!!



ED: Walaupun cuti sekolah, ada juga kerja sekolah yang dibawa ke rumah..

2 ulasan:

  1. ya Rabbi..kenapa begini ..?
    misti terlalu banyak tengok tv ni..saya rasa, cikgu patut adakah peraduan membaca buku paling banyak ke, atau peraduan bercerita ke unsur tanam perasaan suka membaca dalam diri student. diorang ni sebenarnya kekurangan tatabahasa dan perbendahraan kata. jadi kena bagi latihan "buat ayat" banyak-banyak. gudluk cikgu!

    BalasPadam
  2. TQ. Bagus idea tu. Saya akan cuba bimbing dia sebaik mungkin. FYI, budak tersebut merupakan murid kelas akhir..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi