Tajuk: Legasi Pengacara Melodi
Hai, hari ini adalah hari terakhir bagi Fara Fauzana dan Wahid mengacarakan rancangan hiburan berinformasi "Melodi". Semua sudah maklum bahawa minggu hadapan rancangan Melodi bakal diterajui oleh Zizan dan Dira Abu Zahar. Selamat tinggal Fara dan Wahid, selamat bertugas untuk Zizan dan Dira.
Rancangan Melodi memang terkenal dengan pengacaranya yang berpengaruh. Setiap pengacaranya mesti ada identiti atau slogan yang mudah untuk diingat. Jom kita lihat dan imbas balik nostalgia pengacara Melodi bersama identitinya..
Fauziah Ahmad Daud
Raja Azura
Aznil Hj. Nawawi
Fara Fauzana dan Wahid
Dira dan Zizan pengacara baru Melodi April ini.
Apa pula identiti Zizan dan Dira minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan. Sebelum ini ED banyak terbaca tentang blog-blog yang mempertikaikan kebolehan Dira Abu Zahar sebagai pengganti Fara Fauzana. Boleh ke Dira mengacara? Apa pengalaman dia? Pendapat ED, jangan menilai orang daripada luaran. Beri peluang kepada dia dan baru kita nilai bakat dia. Kesian Dira, belum mengacara lagi dah dipertikaikan. TV3 tahu apa yang mereka lakukan.
Dira Abu Zahar
Zizan pula, tak perlu kita mempertikaikan bakat dia. Zizan memang berbakat dalam menjadi pengacara.
Zizan yang semakin bersinar
Okelah, semoga rancangan Melodi terus sukses. Siapapun pengacaranya, Melodi memang rancangan hiburan berinformasi nombor satu di Malaysia. Udada Ubabye!
ED: Tingkatkan prestasi, hapuskan kontroversi..
tak penah tengok lagi dorang mengacara.
BalasPadamoke juga diorang mengacara. Ada identiti tersendiri.
BalasPadam