Hai, Selamat Hari Guru! Guru penjana transformasi pendidikan negara. Pertama sekali, ED nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah memberikan ucapan Selamat Hari Guru kepada ED. Kedua, terima kasih kepada murid-murid yang telah memberikan hadiah pagi tadi di sekolah. Okelah, topik hari ini tentang guru yang tidak menyambut Hari Guru. Catatan hari ini ringkas dan santai sahaja. Jom lihat carta Top 5 guru yang tidak menyambut Hari Guru.
Carta Top 5: Guru yang tidak menyambut Hari Guru
Nombor 5: Guru silat / taekwando. Mereka menurunkan ilmu mempertahankan diri dari satu generasi ke satu generasi.
Nombor 4: Pensyarah universiti yang tidak berkenaan dengan bidang pendidikan. Mereka guru di Universiti tapi tiada Hari Pensyarah pun?
Contoh: Syafinaz merupakan pensyarah muzik di UITM, Shah Alam
Nombor 3: Guru mengaji. Tanpa mereka, ED tak kenal alif ba ta.
Contoh: Ustazah Hasni dalam Kalamullah TV3 (rancangan masa bulan Puasa)
Nombor 2: Guru memandu. Tanpa mereka, ED tak dapat lesen memandu.
Contoh: Puan Puff merupakan guru memandu dalam kartun Spongebob
Nombor 1: Mentor 5. Hahaha.. Mereka ni pun macam guru juga. Mengajar orang biasa menjadi penyanyi.
Sebenarnya dalam kehidupan kita, siapa-siapa sahaja yang mengajar kita dalam sesuatu bidang, mesti kita akan panggil cikgu kan? Cuma Hari Guru 16 Mei disambut oleh cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah sahaja. Dikesempatan ini, ED nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu ED, rakan-rakan ED dan semua cikgu di Malaysia. Terima Kasih Cikgu! Udada Ubabye!!
Guru ibarat lilin. Menyinari ilmu kepada dunia.
ED: Jasa cikgu akan ED kenang selamanya..





guru mengaji .takut.garang =)
BalasPadam