Selasa, 17 Mei 2011

Peristiwa kelakar Hari Guru semalam..


Hai, selamat bercuti di Hari Wesak!  Catatan hari ini masih lagi tentang Hari Guru. ED nak kongsi dengan anda tentang satu kisah yang bagi ED kelakar semasa sambutan Hari Guru di sekolah semalam. Tak tahulah kalau anda baca nanti, kelakar atau tidak? Sebelum itu, jom lihat suasana Hari Guru di sekolah ED semalam. Kasi suspend sikit hahaha..


Mula-mula, semua guru berkumpul mengiringi Guru Besar dan diarak dengan kompang ke tapak perhimpunan.


Inilah suasana di tapak perhimpunan. Ramai murid yang hadir untuk meraikan Hari Guru.


Guru Besar sedang menyampaikan ucapan.. Selepas selesai ucapan beliau, murid-murid dibenarkan berdiri dan memberikan hadiah kepada guru-guru yang mereka suka. Waktu ni lah yang berlaku peristiwa kelakar semalam.. Nak tahu? Jom baca sampai habis..

Oke, ED sambung cerita kelakar eh. Nampak tak tempat duduk guru pada gambar di atas? Di sebelah kanan gambar. Dah nampak? Bagus. Murid2 semalam kan ramai, jadi mereka terpaksa beratur panjang untuk memberikan hadiah kepada guru2 yang mereka suka. Biasalah, bila budak ramai beratur, ada saja kerenahnya. 

Dalam kesesakan murid2 beratur, tiba-tiba.... ada seorang murid ni membaling satu objek. ED tak tahu murid ni nak baling siapa, tapi objek itu telah jatuh betul2 di kaki ED. Bila ED lihat objek tu, adoii... tergelak besar ED. Benda yang ED tak sangka murid akan bawa dan baling di sekolah. Kalau anda lihat objek ni nanti, mesti anda pun setuju dengan ED. Jom lihat objek itu..


Inilah objek yang murid tersebut baling dan jatuh di kaki ED.

Hahahaha.. lada kering. Adoii.. tak tercapai akalku ada murid bawa lada kering semasa Hari Guru. Apa kejadahnya bawa lada kering ke sekolah?? ED memang tergelak dengan kawan2.

Okelah, ED tak akan lupakan peristiwa semalam. Kelakar kan? Sampai di sini dahulu untuk kali ini. Selamat Hari Wesak dan Udada Ubabye!!

 ED dan kawan2 semalam..

ED: Ada ke murid yang hadiahkan guru lada kering? hahaha..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi