Rozita Che Wan
Hai, hari ini ED nak cerita tentang artis pulak. Sasaran ED kali ini ialah Rozita Che Wan. Pelakon yang mempunyai kecantikan semulajadi. Baru-baru ini, dia telah menggemparkan Malaysia ekoran pengakuannya bercinta dengan Shahir. Kalau dia dah mengaku, kira betul la tu dia bercinta dengan Shahir. Bagi ED, media tak perlu nak tanya pengakuan Shahir pulak sebab Rozita dah mengaku. ED puji keberanian Rozita Che Wan bersikap terbuka mendedahkan status cintanya dengan Shahir.
Zain, Rozita Che Wan dan Shahir
Baru-baru ini, ED terbaca cover depan majalah Mangga iaitu, Zain Saidin (kawan rapat Rozita) menafikan bahawa Rozita dan Shahir bercinta. Yang mana betul ni? Apa-apapun ED percayakan Rozita Che Wan sebab dia dah mengaku. Tak kan la orang secantik Rozita Che Wan ingin mengaibkan dirinya dengan membuat pengakuan palsu. Tentang cinta pulak tu. Kepada semua, kita doakan yang terbaik jika itu jodoh mereka.
Jom ZZ tentang Rozita Che Wan. Dah lama tak ZZ...
5 yang Zest tentang Rozita Che Wan!
- Dia memang cantik semulajadi.
- Lakonan dia pun boleh tahan. Bukan bersandarkan rupa semata-mata.
- Seorang ibu yang bertanggungjawab.
- Menurutnya, dia berlakon kerana ingin menyara keluarganya. Dia juga ingin memberi kemewahan kepada anak-anaknya.
- Ada sesetengah individu melabelkan dia sebagai Wanita Melayu Tercantik Malaysia.
Rozita Che Wan berusia 19 tahun
5 yang Zrett tentang Rozita Che Wan!
- Katanya, 2011 dia dah tak nak berlakon lagi. Tapi.. dia masih berlakon lagi. Kusut... cakap tak serupa bikin.
- Kes anaknya dengan MRSM, telah menjejaskan sedikit imej Rozita Che Wan.
- Ada yang kata dia suka berlagak seperti Diva.
- Rozita Che Wan mengambil masa satu jam untuk mendandan rambutnya. Lamanya..
- Selalu menjadi buruan media kerana kisah2 kontroversinya.
Dahulu, Rozita Che Wan pernah digosipkan bercinta dengan Zizan
Lumrah dunia, orang cantik memang menjadi kegemaran tontonan masyarakat. Dalam dunia bukan artis pun, ramai orang suka melihat orang yang cantik. Bagi ED, biar takde rupa, yang penting cantik budi bahasa. Udada Ubabye!!
ED: Jadilah seperti manggis, hitam luarnya tetapi putih isinya..








Tiada ulasan:
Catat Ulasan