Ahad, 29 Mei 2011

Mentor 5 Akhir - Fasha Sandha pilih protege Erra Fazira

 Finalis Mentor 5 Akhir

Hai, malam ini adalah malam kemuncak peringkat akhir Mentor 5. Seperti yang semua tahu, 3 orang protege telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir iaitu Shiha protege Kak Pah, Iqa protege Edry dan Salma protege Erra Fazira. Seperti biasa juga, blog EDtv suka buat ramalan siapa yang bakal bergelar juara kalau ada program2 sebegini rupa. Agak2 anda siapa juara? Nak tahu ramalan ED, baca hingga ke akhir catatan ini.

Semalam ED terbaca facebook Fasha Sandha tentang statusnya mengenai Mentor 5 Akhir. Rupa-rupanya, Fasha Sandha meminati Erra Fazira. Dia berharap agar Salma menjadi juara untuk malam ini. Lihat statusnya melalui gambar di bawah:

Facebook Fasha Sandha


Melalui pembacaan ED di status facebook Gua, raptai penuh malam semalam memang best. Shiha paling maintain dalam persembahan raptai. Salma agak terburu2 dan suara Iqa kedengaran penat. Itu baru raptai, belum persembahan sebenar lagi. Nak tahu lebih lanjut, sila baca di facebook Gua Malaysia.




Akhir sekali, tibalah giliran ED untuk meramalkan siapa juara untuk malam ini. Ramalan ED ni berdasarkan pengamatan persembahan protege sepanjang konsert Mentor sebelum ini. ED rasa Shiha boleh jadi juara sebab dia paling konsisten sepanjang pertandingan ini. Lagi 1, mungkin muka dia macam Rossa kot.. Hahaha. ED gurau je. Okelah, jom tonton sama-sama Mentor 5 Akhir 9 malam ini di TV3. Selamat berhujung minggu dan udada ubabye!!

Kadang-kadang muka Shiha ni nampak macam Rossa


ED: Siapalah yang menang dapat kereta free malam ini? Bestnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi