Isnin, 30 Mei 2011

Salma Juara Mentor 5 terlepas cakap..

 Salma juara Mentor 5
Sumber gambar: Fit Sparrow, Media Rakyat
Hai, topik hari ini tak lain dan tak bukan tentang Mentor 5 Akhir semalam. Tahniah untuk Salma kerana menjadi juara Mentor 5. Dia memang layak menang setelah membuat persembahan bertaraf antarabangsa. ED yakin ramai yang terpukau dengan persembahan dia malam tadi. Lagu baru dia pun best. 


 Ucapan penghargaan daripada Salma
Sumber gambar: Fit Sparrow, Media Rakyat

Perasan tak, setelah dinobatkan juara tadi malam, Salma ada mengucapkan terima kasih kepada anaknya. Anaknya? Ya, anaknya.. Akhirnya, desas-desus yang sebelum ini mengatakan Salma sudah mempunyai anak itu memang benar. Salma sudah terlepas cakap tadi malam sebab terlalu gembira dan rindu terhadap anaknya. Apa-apapun Salma merupakan ibu yang baik kerana tidak mengetepikan anak kandungnya.

Juara Salma, Naib Juara Shiha dan Tempat ketiga Iqa.
Sumber gambar: Fit Sparrow, Media Rakyat
 
Selepas Mentor 5 berakhir semalam, Salma mendedahkan kehidupan peribadinya kepada media. Salma merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda. Salma berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun kemudian. Menurutnya, dia tidak mahu menjawab desas-desus bahawa dia ibu tunggal sebelum ini kerana ingin fokus di dalam Mentor dan tidak mahu meraih simpati penonton.

Okelah, ED nak ZZ tentang Mentor 5 Akhir semalam. Jom...

5 yang Zest!
  1. Nyanyian lagu Listen daripada Salma merupakan pembukaan yang teramat hebat.
  2. Lagu "Aku Permata" daripada Salma pun best.
  3. Duet Shiha bersama Black meriah bagaikan suasana di AJL.
  4. Lagu Iqa "Di penghujungnya" pun best.
  5. Kelakar la lagu "Mimpi dipatuk ular" oleh Hasri Harlili. Ala, peserta jemputan Mentor yang jadi mat despatch tu..
Nyanyian Salma memang spektakular..
Sumber gambar: Fit Sparrow, Media Rakyat


5 yang Zrett!!
  1. Shiha nyanyi lagu Kisah Hati tidak bertenaga la.. sayu je..
  2. Iqa pun kurang bersinar walaupun berduet dengan Faizal Tahir.
  3. Banyaknya iklan..
  4. Opening Mentor 5 daripada kumpulan Hujan, Aiman, Ayish dan Ratnah biasa sahaja.. 
  5. Kadang-kadang celoteh Nas Ahmad membosankan. yeahhhh!!


Setakat ini sahaja catatan ED untuk hari ini. Akhir kata, tahniah sekali lagi untuk Salma kerana menjadi Juara Mentor 5! Majulah persada seni tanah air dan Udada Ubabye!


ED: Salma bakal menjadi Jaclyn Victor nombor 2.

3 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi