Rabu, 28 September 2011

Misteri Pintu Kereta ED Terbuka?

Hai, hari ini ED nak cerita sebuah kisah seram yang berlaku pada ED, Subuh tadi. Ini kisah benar, ED akan cerita apa yang seadanya berlaku. Anda dah sedia? Kalau dah, jom sama2 rasakan apa yang ED rasakan Subuh tadi..


Sedang ED mandi di bilik air pagi tadi sebelum pergi ke sekolah, tiba-tiba abah memberitahu ED bahawa pintu kereta ED terbuka. Tak tenteram ED dibuatnya sebab semalam ED rasa dah tutup semua pintu kereta setelah balik dari Tesco bersama emak dan adik. Lagi satu, ED rasa tak pernah tinggalkan pintu kereta terbuka apabila masuk ke dalam rumah. Cuma silap ED ialah tidak mengunci pintu kereta malam tadi. Tapi, mana boleh pintu kereta terbuka sendiri? Pelik memang pelik...

Peristiwa Subuh tadi, pintu kereta ED terbuka? Siapa yang buka erk?

Selepas ED bersiap, ED terus menuju ke kereta Kelisa ED dan sesuatu yang tidak diingini akhirnya berlaku. Alhamdulillah, tiada aksesori kereta yang hilang, cuma... cuma.. cuma.. Malu la nak cakap. Oke2, ED cakap juga la, cuma kereta ED sempat menjadi tempat persinggahan kucing tidur malam tadi. Habis berpasir dan berbau hancing kereta ED dengan bau kucing (ntah kucing siapa ntah...). Yang paling menguji kesabaran, di dalam kereta kotor, di atas bumbung kereta pun dapat berkat (muntah kucing). Astaghfirullah al azim, apa tanda semua ini? Itulah perkara yang ED tidak ingini berlaku apabila pintu kereta ED terbuka. Huhuhu.. Nak tak nak, ED pandu juga kereta ED ke sekolah walaupun baunya busuk. Haa, ada satu lagi benda misteri di dalam kereta ED. Nak tahu? Baca perenggan di bawah..

 ED tak boleh maafkan kucing yang tidur dan muntah dekat kereta ED. Hehehe..

Semasa ED mahu memegang stereng dan menolak gear, ED dapati stereng dan gear kereta ED dalam keadaan basah dan melekit2. ED ingatkan air kencing kucing tapi setelah dihidu, tiada bau apa2. Pelik? Cecair melekit apakah itu? Seram juga ED pagi tadi bila memandu kereta dalam keadaan macam tu.. ED tawakkal je . Alhamdulillah, ED selamat juga sampai ke sekolah.


Sampai sekarang, ED masih tertanya2. Siapa yang buka pintu kereta ED? Cecair apa yang melekit2 di stereng dan gear kereta ED? Kalau pencuri yang buka pintu kereta, kenapa tiada kecurian? Boleh ke kucing buka pintu kereta ED? Persoalan ini akan menjadi misteri kepada ED. Ini kisah benar tau. Terserah untuk anda percaya atau tidak? Udada Ubabye!!

ED: Allahu Akbar, Allah Maha Besar!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi