Khamis, 29 September 2011

Kekasihku Puyu berakhir, Nenek Kebaya diulang tayang kembali

 Intan Ladyana dan Rizal AF5

Hai, sebentar tadi berakhir sudah drama slot Lagenda TV3 iaitu Kekasihku Puyu. Akhirnya, semua kejahatan dibalas dengan kejahatan. Sebab ED tonton drama ini dari awal hingga ke akhir episod, ED nak Zest & Zrett tentang drama ni. Segmen Zest & Zrett ini adalah pandangan peribadi sahaja. 

 3 yang Zest!
  1. Lakonan Mak Jah memang best. Menjadi betul dia bawa watak antagonis.
  2. Bakat lakonan Rizal AF5 boleh tahan..
  3. ED suka lagu opening drama ini Suatu Ketika nyanyian Rizal AF5.

3 yang Zrett!!
  1. Montaj opening drama ini kurang menarik la. Nampak kosong sahaja.
  2. Keseluruhan jalan cerita drama ini macam longgar. Rasa biasa saja tengok kemuncak drama ini.
  3. ED pelik, drama ni adaptasi daripada filem klasik atau lagenda mana? 
Montaj opening drama Kekasihku Puyu yang terlalu ringkas dan kosong.. 

Bagi anda pengikut setia blog EDtv, mesti anda dah tahu kan? Bila ED update tentang episod akhir sesebuah drama, mesti ED update sekali drama yang akan menyusul selepasnya. Selepas drama Kekasihku Puyu, TV3 akan meyiarkan kembali drama Nenek Kebaya lakonan Diana Rafar. Kenapa TV3 ulang balik drama Nenek Kebaya? Mungkinkah tiada drama baharu? Itu semua hanya TV3 yang tahu. 

 Dahulu, drama Nenek Kebaya ditayangkan pada 3 November 2009, Minggu hadapan drama ini akan ditayangkan kembali pada 3 Oktober 2011 pukul 4 petang. Bukan 4.30 petang ye..

Okelah, esok saksikan terus drama terhebat Tahajjud Cinta ye.. Untuk pengetahuan anda, drama Tahajjud Cinta pun dah semakin dekat dengan episod terakhirnya. Selamat menonton dan Udada Ubabye!


ED: Jangan jadi Nenek Kebaya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi