Jumaat, 30 September 2011

Siapa Forteen, Berdua Bersatu?


Semenjak dua menjak ni, ED kerap kali dengar lagu mereka di Hot fm. ED ingat lagi, mula-mula dengar, ingatkan lagu tersebut milik kumpulan The Lima (Gangstarz TV3). Tetapi tekaan ED silap apabila DJ memberitahu lagu tersebut nyanyian kumpulan Forteen. Oh, rupa-rupanya kumpulan baru yang ditubuhkan di bawah naungan KRU records. Sesiapa yang minat kumpulan KRU, pasti anda dah tahu genre muzik KRU.

 
Kumpulan Forteen

Sekarang jom kita kenali anggota kumpulan Forteen ni. Makna kumpulan Forteen ialah "Untuk Remaja". For = untuk, Teen = remaja. Jangan salah faham pulak kerana ramai yang ingat makna kumpulan ini ialah angka 14. Lagu2 mereka lebih tertumpu untuk remaja. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang lelaki yang muda remaja lagi. Jom kita kenal satu persatu anggota kumpulan mereka.


1. Rizu-One


Nama sebenarnya Rizuan Sharifuddin. Dia bekas finalis One In A Million 8TV. Sebelum ni dia memang sudah bergelar penyanyi solo. Kalau ED tak silap, dia pernah mendapat anugerah Penyanyi Lelaki Harapan Terbaik dalam AIM. Dia memang layak mendapat penghargaan itu kerana vokal suaranya memang lunak.

2. Izzue Islam


Dia ni seorang pelakon juga. Antara drama lakonannya ialah Cita dan Cinta TV9. Tak sangka pulak, selain berbakat dalam dunia lakonan, dia juga turut membintangi kumpulan ini.

3. Ariz


Nama sebenarnya Saiful Ridzuan. Baru berusia 20 tahun. Untuk pengetahuan anda, dia yang menyanyikan 2 rangkap awal pendahuluan lagu Berdua Bersatu. Tak salah KRU memilih dia sebagai anggota kumpulan Forteen.

4. Ameerais


Nama sebenarnya Ameerais Azhar. Dia ni berasal dari Kota Bharu Kelantan. Dia merupakan anggota kumpulan Forteen yang paling tinggi fizikalnya. Hehehe.. Dalam video klip di atas, kita tak tahu mana satu suara dia kan? Nak dengar suara dia menyanyi tak? Lihat video klip di bawah.



Okelah, itulah serba sedikit maklumat yang dapat ED paparkan. Kalau nak tahu lebih lanjut, layari sendiri halaman facebook mereka. Taip Forteen, nanti keluar la pada skrin anda. Apa2 pun, lagu Berdua Bersatu telah diterima ramai. Semoga sukses untuk kumpulan Forteen! Udada Ubabye!

ED difahamkan, single kedua mereka akan keluar tidak lama lagi. Tunggu...

ED: suka dengar irama lagu Berdua Bersatu yang ada unsur2 orkestra dan irama Malaysia.

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi