Hai, selalunya dalam slot ED & Sekolah hanya memaparkan tentang kisah anak murid ED. Hari ini, nak buat kelainan sikit, ED nak kongsi cerita tentang ED yang buat lawak pulak dengan murid2. Hahaha.. Kisahnya tentang perbincangan jamuan kelas akhir tahun. Apa yang kelakarnya? Jom lihat perbincangan ED bersama murid2 ED melalui dialog di bawah..
ED: Cikgu nak tanya, ada sesiapa yang bermasalah tak nak bayar duit jamuan akhir tahun RM5?
Murid2 senyap. Selalunya senyap tanda ya, jadi ED pun bercadang nak turunkan lagi harga bayaran untuk jamuan akhir tahun. ED faham keadaan anak murid ED.
ED: Oke, cikgu sebenarnya tak nak awak semua rasa beban kalau harga RM5 tu terlalu banyak. Kalau awak tak boleh bayar RM5, kita boleh kurangkan bayaran kepada RM3. Macam mana?
Ada separuh murid bersetuju dan ada separuh lagi masih senyap. ED tak puas hati la, ED nak tanya lagi tentang harga yang mampu mereka bayar untuk jamuan akhir tahun.
ED: Kalau awak rasa RM3 tu terlalu banyak, apa kata kita kurangkan lagi mengikut kemampuan awak. Kalau RM3 tak boleh juga, kita kutip seorang 50 sen sahaja. Cikgu tak kisah..
Murid2: Apa cikgu, 50sen?? 50sen dapat makan apa cikgu??
Hahaha.. ED suka bila murid2 ED tercengang memikirkan menu apa yang boleh dimakan pada jamuan akhir tahun nanti. Anda semua tahu tak, ED jawab apa kepada murid2? Cubalah teka.. Jom ikuti kesudahan dialog ini.
ED: Kalau setiap murid bayar 50sen, kita boleh makan naget ikan sekeping. Kan harga sekeping naget ikan 50sen di kantin. Jadi, kita semua makan naget ikan sekeping sahaja untuk jamuan akhir tahun. Makan jugak kan? Hahaha...
Murid2 ED semua tergelak mendengar jawapan ED. Hahaha.. mereka dah terkena. Niat ED sekadar bergurau dengan anak murid je. Boleh kan sesekali bergurau dengan murid? Hehehe.. ED tersenyum sendiri apabila teringat peristiwa di atas.
Naget ikan 50sen yang dijual di sekolah ED
Akhirnya, murid2 ED bersetuju untuk membayar seorang RM5 untuk jamuan akhir tahun. Menu jamuan kelas ED masih belum ditetapkan lagi. ED masih mencari menu yang sesuai. Sekejap je masa berlalu, sesi persekolahan 2011 tak lama lagi akan berakhir. Okelah, sampai di sini dahulu catatan ED untuk hari ini. Udada Ubabye!!
ED: masih mencari menu untuk jamuan akhir tahun. huhu..
dapat jugak kumpul rm5..skangnie 50sen apelah bleh makan=)tak logic mcm kat cafe sini kaki ayam sebelahjer dah 50sen..kesian2
BalasPadamhahaha.. ED tak boleh lupa bila tengok muka murid2 tercengang bila ED sebut 50sen untuk jamuan kelas..
BalasPadam