Selasa, 8 Januari 2013

Sinopsis Sayangku Damia, Slot Cerekarama TV3

Hai, ED nak beritahu anda bahawa Cerekarama TV3 pada hari Sabtu nanti best. Tajuknya Sayangku Damia lakonan Hanez Suraya dan Kamal Adli. Semalam ED dapat sedikit sinopsis daripada pelakon utamanya iaitu Hanez Suraya di Twitter.

 Kamal Adli dan Hanez Suraya

Sinopsis
Sinopsis telemovie ini mengisahkan tentang Damia yang mengalami penyakit skizofrenia semenjak kematian ibunya. Dia tinggal bersama bapamya. Damia tidak bersekolah dan tidak mempunyai kawan kerana penyakitnya itu. Kerana terlalu rindukan ibunya, dia selalu nampak ibunya dalam ilusinya. Apakah yang terjadi pada Damia di akhir cerita? Mungkinkah penyakitnya dapat disembuhkan? Saksikan sendiri ye..


Bagaimana? Menarik bukan jalan ceritanya? Saksikan Sayangku Damia pada Sabtu ini 10 malam di TV3. Saksikan juga drama Ruby lakonan Hanez Suraya dalam Slot Samarinda. Udada Ubabye!!




ED: Semakin laris Hanez Suraya di TV3...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi