Isnin, 1 Julai 2013

(Azalea TV3) Sinopsis drama Hujan

Hai, mulai 8 Julai nanti, drama Hujan akan bersiaran dalam slot Azalea TV3. Drama sedih ini pasti menggamit hati anda di bulan Ramadan. Jom lihat sedikit sinopsisnya..

 Shahrul Rizwan Hero Remaja dan Miera Liyana.

Sinopsis:

Kehidupan Azura dan Azaril tidak seperti kanak-kanak biasa. Mereka tidak pergi ke sekolah dan mendapat wang untuk hidup dari mengumpul tin timah. Hujan yang berterusan telah menjadi rakan mereka sepanjang hayat. Ibu mereka, Maryam, tidak mampu untuk memberikan kehidupan yang baik kepada mereka berdua. Bapa mereka, Jalil, seorang kaki judi tegar dan kerap kali meminta wang dari Maryam untuk memuaskan nafsu ketagihannya. Oleh itu, kerana hutang Jalil, Azura dan Azaril dipisahkan antara satu sama lain.  Pemisahan ini telah mengubah kehidupan Azura dan Azaril. Azura melarikan diri daripada Jalil dan tinggal bersama Jahara. Manakala, Azaril meneruskan hidup dengan harapan akan bertemu dengan kakaknya suatu hari nanti.

Bagaimana? Menarik bukan? Saksikan drama lakonan Shahrul Rizwan, Miera Liyana, Aidil Aziz, Azza Suaymi, Kishmar Johar, Catriona Ross, Yuss Waisar dan Zila Bakarin di TV3. Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi