Selasa, 2 Julai 2013

(Seindah Ramadan TV3) Drama Rumah Kedai versi 2013

Hai, ingat lagi tak dengan drama Ramadan, Rumah Kedai yang popular satu ketika dulu? ED masih kecik lagi waktu tu.. Tahukah anda? TV3 akan menyiarkan drama Rumah Kedai versi 2013 bermula 8 Julai nanti pukul 5.35 petang. Drama versi 2013 ini lebih segar dengan pelakon zaman sekarang tetapi masih mengekalkan mesej seperti drama Rumah Kedai yang dulu. Jom layan sinopsisnya..

Didie Alias sebagai teraju utama.
Sumber gambar: Twitter Elle Rahman
Sinopsis:
Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf merupakan pasangan yang mempunyai perwatakan yang berbeza namun saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, mereka dapat membuka sebuah mini market yang serba lengkap dan diberikan kepercayaan pihak bank untuk mendapat bantuan perniagaan. Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf dikurniakan tiga orang anak, Wan Sherina, Wan Shahila dan Ewan Zul yang juga mempunyai sifat bertentangan. Suatu hari, Mak Wan Su sibuk mencari orang baru untuk menyewa rumah yang kosong di bahagian atas mini marketnya. Mak Wan Su mahu orang yang sudah berkahwin menjadi penyewa supaya rumahnya tidak kotor manakala Pak Cik Shaf mempunyai pendapat berbeza, dia lebih gemar orang bujang. Ramai yang mahu menyewa tetapi semua ditolak oleh Mak Wan Su sehinggalah Mak Su mengadakan ujibakat untuk mencari penyewa. Apakah yang berlaku kemudian?

Saksikan lakonan Didie Alias, Kaza, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Liyana, Nadiya Nissa, Rozita Che Wan dan Talha Harith dalam drama Rumah Kedai 2013. Udada Ubabye!!




ED: Lagu Rumah Kedai yang dulu sangat nostalgia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi