Selasa, 2 Julai 2013

(Eksklusif) Masih ramai orang kita yang disihir

Hai, ED nak kongsi pengalaman ED pergi menghantar salah seorang ahli keluarga ED mendapatkan perubatan Islam di sebuah tempat tertentu. Setibanya ED di rumah ustaz, alangkah terkejutnya ED melihat ramai orang yang menunggu untuk mendapatkan rawatan Islam kerana ilmu sihir dan terkena saka. Ternyata, masih ramai lagi orang yang terkena sihir di zaman sekarang.

ED datang pukul 9 malam, tetapi dapat berjumpa dengan ustaz pukul 12 malam.. Bayangkan, betapa ramainya orang. Cahaya yang terang tu datangnya dari tiang lampu. Hehe..

Pertama kali ED melihat ustaz mengubati pesakit yang terkena sihir di hadapan mata ED. Macam2 perangai ada. Ada yang meracau, ada yang menggeletar, dan ada yang marah. ED juga nampak seorang pesakit ni mengeluarkan cecair kuning daripada mulutnya setelah diubati. Astaghfirullah, tergamaknya manusia yang menggunakan ilmu sihir demi kepentingan diri.. Sama2 kita doakan kesejahteraan orang2 yang teraniaya. Udada Ubabye!!

Paparan eksklusif di blog EDtv berdasarkan pemerhatian ED..


ED: Jangan ditiru amalan khurafat yang merugikan diri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi