Isnin, 10 Februari 2014

(Sekolah) Lawak bola sepak

Hai, sedang murid2 Moral menyiapkan latihan di dalam kelas, ED menjenguk ke luar tingkap. Murid2 tahun 6 sedang bermain bola sepak di padang. Bola ditendang dan dikejar. Tiba-tiba, seorang murid yang berbadan kecil mendapat bola. Sedang murid berbadan kecil membawa bola, kawan-kawannya (pasukan lawan) yang berbadan lebih besar mengejarnya lalu... (baca sambungannya yang kelakar di bawah ini...)

Gambar hiasan.. Lebih kurang begini la saiz murid berbadan kecil dan besar tersebut.

Lalu, seorang murid yang berbadan besar itu mengangkat murid yang berbadan kecil itu dengan mudah dan meletakkannya ke tepi. Dalam sekelip mata, bola tersebut kemudiannya telah  dibawa oleh murid yang berbadan besar itu. Hahaha... Kenapalah ED boleh terpandang babak tersebut? Ketawa sendirian ED dalam kelas. Hehe.. ED ketawa sebab babak tersebut kelakar, bukan merendahkan sifat fizikal murid2 tersebut. Lucu kan? Udada Ubabye!!



ED: biasa la budak2, ada aja kerenahnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi