Gambar: instagram othongdanish
"Saya tak boleh mempertikaikan tanggapan negatif masyarakat kerana setiap orang ada pendapat dan cara pemikiran mereka masing-masing. Saya sendiri bersyukur dapat berlakon sebagai seorang Muslim dan juga orang Melayu.
Bagi saya, ia bukan satu perkara negatif kerana jika dilihat dari sudut positif, saya boleh kongsi ilmu yang saya pelajari dengan rakan-rakan bukan Islam. Dari sisi lain juga, saya dapat belajar agama orang lain di mana pada masa akan datang, saya boleh terangkan kepada orang lain jika ada yang bertanyakan kepada saya.
Sebagai pelakon, saya percaya kita jangan membataskan watak kita sebab dah nama pun hanya berlakon. Namun, setiap watak ada batasannya dan selagi diberi kepercayaan, kita jangan langgar batas tersebut. Apa yang dilarang kita jangan buat dan kita perlu percaya dan hormat dengan perkara tersebut."
"Saya juga tidak melakukan babak yang diberi dengan sambil lewa sebab tak mahu tersalah buat. Apapun, isu ini membuatkan saya lebih semangat untuk bekerja dengan lebih keras lagi selepas ini,” tutur Keith sambil mengakui tidak kisah apabila menjadi pilihan terakhir untuk memegang watak Tengku Adam selepas Adi Putra, Aaron Aziz dan Remy Ishak.
Saya terkejut apabila ditawarkan watak ini dan anggap ia adalah rezeki saya. Menjadi pilihan pertama atau kedua bukan satu isu kerana saya percaya dengan rezeki masing-masing. Bagi saya, kesempatan itu datang pada bila-bila dan mungkin bukan kesempatan mereka untuk melakonkan watak ini. Apapun, mereka lebih berpengalaman dan saya tak rasa lebih popular daripada mereka. Malah, saya rasa bersyukur jika saya dapat berlakon bersama dengan mereka kelak,” ujar Keith mengakhiri perbualan.

Pada pendapat ED, tiada sebarang masalah Keith Foo bawa watak orang Islam. Dalam drama tu, dia tidak membaca AlQuran dan babak solatpun hanya gaya sahaja. Malah, ED suka apabila orang bukan Islam membawakan watak orang Islam kerana itu juga proses pembelajaran. Mana tahu, sampai hidayah melalui drama tu? Wallahu Alam kerana semua yang berlaku atas izin Allah. Ini pendapat ED sahaja. Udada Ubabye!!
ED: baru tahu, Keith Foo adalah pilihan terakhir untuk watak Tengku Adam..
Saya sependapat dengan anda ...
BalasPadam