Gambar ini ED ambil 2 hari lepas. ED cari seekor anak kucing yang tinggal tu di dapur, tapi tak jumpa. Dalam sangkarnya pun tak jumpa. Rupa2nya anak kucing itu sedang tidur di dalam sangkar buruk ini. Mungkin kucing itu sedang bersedih dan ingin menenangkan diri di dalam sangkar buruk ini. Mungkin kucing itu tak mahu masuk ke dalam sangkarnya kerana tak mahu teringat adik beradiknya yang pernah hidup bersamanya dulu (perasaan ED je..) Sedih la tengok anak kucing ni..
Selamat di rumah ED masih ada 5 ekor kucing lagi. Bolehlah anak kucing yang sekor ni berkawan dengan kucing2 yang lain. Di antara 5 ekor kucing tu, hanya 2 ekor kucing sahaja yang baik kepada anak kucing ini. Takpe, yang penting anak kucing ini tidak kesepian. Sejak anak kucing ini tinggal seekor, dia tidak dikurung di dalam sangkar. Anak kucing itu kini manja kepada orang2 dalam rumah ED. Udada Ubabye!!
ED: kesian tengok anak kucing yang seekor ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan