Rabu, 18 Jun 2014

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Ramadan Jangan Pergi

Oh, rupanya TV3 menggunakan tema Ramadan yang sama pada tahun lepas iaitu Seindah Ramadan untuk tema Ramadan tahun ini. Jom lihat sinopsis drama Samarinda Ramadan pada tahun ini iaitu Ramadan Jangan Pergi.

Siti Saleha sebagai Farah, Fir Rahman sebagai Johan dan Lufya sebagai Nadia.

Sinopsis:

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Menarik bukan? Saksikan drama 15 episod ini bermula 25/6/2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama sedih ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi