Hai, ED nak kongsi cerita semasa ED balik kerja hari ini. Semasa ED memandu nak keluar simpang lalu menuju ke kanan jalan untuk membuat pusingan u, ED perasan pemandu kereta di belakang ED mengeluarkan tangan dan menunjukkan jari tengahnya. ED tak pasti dia tujukan untuk siapa. Semasa ED sampai di pusingan u, pemandu tersebut memotong ED & dia menunjukkan jari tengahnya kepada ED la... Berdebar dah jantung.... Rupanya dia tujukan jarinya kepada ED...
Gambar hiasan. Pertama kali ED berdepan dgn situasi ini.
Sampai sekarang ED terfikir, apa salah ED kepadanya? Bila diingat balik, keretanya masih jauh bila ED keluar simpang. ED keluar simpang tekan lampu signal. Nak kata dia pandu laju, tak juga. Hurmmm...
Tadi, ED cuma fikir negatif bila dia potong kereta ED. Risau juga kalau dia nak himpit kereta ED dari tepi. Ish....minta dijauhkanlah.. Alhamdulillah, dah berlalu pun peristiwa tadi. Kalau ED buat silap tadi, ED minta maaf ye. Udada Ubabye!!
ED: samseng atau psiko? Dugaan Ramadan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan