Ahad, 13 Julai 2014

(Zlurpp!! Ramadan) Roti telur sosej ala EDtv

Hai, dah 2 kali ED masak roti telur sosej untuk buka puasa. Layan juga rasanya yang seakan-akan roti john & pizza ni. Tak percaya, try buat sendiri. Hehehe.. Mudah sahaja cara menyediakannya. Lihat ni..

Roti telur sosej letak keju ala EDtv.. Memang zlurpp!!

Cara membuatnya:

1. Hiris 2 bawang besar, lada benggala & sosej ayam
2. Tumis bahan hirisan tadi dan letak sedikit garam & satu sudu makan sos lada hitam. Tumis sehingga masak.
3. Setelah bahan hirisan masak dan sejuk. Campur dan bancuh dengan 10 biji telur. Letak sedikit lagi garam.
4. Tuang telur di atas kuali leper (ED guna periuk ajaib). Boleh letak minyak sikit. Selepas itu, tepekkan 4 keping roti di atas telur.
5. Apabila roti telur dah berasap, tandanya dah masak. Hidangkanlah.
6. Potong dan hidangkan bersama keju, sos lada hitam & sos cili. Memang terangkatlah!

Inilah rupa telur roti sosej ala ED tv selepas diangkat. Nampak besar & macam murtabak.

Okelah, selamat mencuba! Udada Ubabye!!



ED: mudah dan cepat. Jimat lagi..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi