Isnin, 26 Oktober 2015

(Sekolah) Beg koyak

Hari ini, 2 orang murid tahun 4 melaporkan beg kawannya dikoyakkan oleh rakan sekelasnya. ED pun panggil murid yg mengoyakkan beg (murid A) & murid yang begnya dikoyakkan (murid B).

Bilik guru ED ada jual air ni hari ini.. sedap!

Jom ikuti perbualan bersama 2 orang murid tadi:

ED: kenapa awak koyakkan beg dia?

Murid A: saya tarik dan beg dia terkoyak. Lagipun beg dia dah reput.

ED: betul ke beg awak dah lama?

Murid B: tak lama juga.

ED: bila awak beli beg tu?

Murid: minggu depan

ED: hahaha..... tak jadi nak marah.

Adoi... ED tak tahan nak gelak dengar perbualan murid di atas. Maksud ayat dia tu lawak bagi ED, belum beli beg tapi beg dah kena koyak. Hahaha... Bukan nak mengaibkan, tetapi sekadar hiburan. Jangan ambil serius. Udada Ubabye!!

ED: tersilap cakap kadang2 memang melucukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi