Rabu, 16 Disember 2015

(Samarinda TV3) Drama Cinta Hati Abah, akan datang 2016...

Hai, ini sebuah lagi drama yg akan ditayangkan pada tahun 2016 di TV3.

Drama Cinta Hati Abah lakonan Zara Zya, Idris Khan, Afiq Muiz dan ramai lagi..

Idris Khan dan Zara Zya. Apa macam?

Afiq Muiz dan adik Norzara Sophia.

Pelakon lain seperti Ben Amir, Noralbaniah, Razak Ahmad, Farhana Qismina, Nonny Nadhirah, Esma Daniel dan ramai lagi.

Nantikan drama Cinta Hati Abah di slot Samarinda 2016. Dengarnya ada perubahan jadual siaran di TV3 tahun hadapan. Nanti ED update. Udada Ubabye!!



ED: Afiq Muiz dan Idris Khan macam adik beradik...

2 ulasan:

  1. Drama bersiri "Cinta Hati Abah" akan mewarnai industri hiburan tanah air, padat dengan kisah yang dikatakan dekat dengan hati penonton.

    Cinta Hati Abah didatangkan dengan 15episod satu jam, yg akan mengisi ruangan Samarinda, TV3.

    Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan 3org cahaya mata, dan ketiga-tiganya anak perempuan.

    Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).

    Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.

    Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Nor Zara Sophia (Zaharah Kecil) dan Sweet Farhana (Zaharah Besar) juga anak yg pintar dan cemerlang, hingga dpt menyambung pengajian ke luar negara.

    Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.

    Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yg sering mengambil berat tentang Intan.

    Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini.

    Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.

    Nantikan kemunculan dan bagaimana kesudahan Cinta Hati Abah, drama bersiri 15episod yg akan mengisi Slot Samarinda, TV3, pada awal 2016 nanti.

    Salam hormat, dari kami, Team Produksi, Cinta Hati Abah.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi