1. Kita jangan pertikaikan dapat daging korban sikit atau banyak lemak sebab tujuan berkorban adalah takwa. Sepatutnya kita bersyukur dan mendoakan orang yang memberi sumbangan daging korban. Ada tak doakan orang yg memberikan sumbangan daging korban?
2. Tukang lapah atau orang yang membantu proses penyembelihan, jangan membantu kerana untuk dapatkan daging lebih atau bahagian2 tertentu binatang korban. TAK BOLEH. Membantu kerana Allah. Jika masjid nak beri upah tertentu daripada duit pengurusan masjid, tak apa.
3. Jaga adab semasa penyembelihan binatang korban. Tak perlu upload gambar atau video semasa binatang korban disembelih. Ini akan menyebabkan orang yang menontonnya berasa kasihan. Kan lebih baik ibadat korban ini diraikan dengan akhlak. Nak bergambar semasa sesi melapah atau mengagihkan daging korban, takpe.
Tujuan berkorban adalah takwa. Allah lihat takwa kita dalam ibadat korban. Udada Ubabye!!
ED: harap maklum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan