Isnin, 12 September 2016

(Ulasan) 10 sebab ED ikuti drama Lara Aishah

Hai, tahu tak? Drama Lara Aishah merupakan drama pertama Astro yang ED ikuti di Youtube. ED baru tengok sampai episod 3 hari ini. Satu  hari, ED sempatkan tengok 1 episod. Nak tahu sebabnya ED ikuti drama ini? Ini ulasan ED tentang drama Lara Aishah.

Fasha Sandha dan Nazim Othman, heroin dan hero drama Lara Aishah.

10 sebab ED ikuti drama Lara Aishah:

1. Pertama sekali, ED tengok drama ni kerana Fasha Sandha. Lakonan Fasha memang terbaik dalam drama ni. Betul2 terkesan dengan watak Aishah yang lara.

2. Lagu tema drama ini sangat bagus. Lagu Dirgahayu nyanyian Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza sangat kena dengan drama ini.

3. Semua pelakon dalam drama ini membawa watak dengan baik sekali. Lebih2 lagi lakonan Jasmin Hamid dan Dian P. Ramlee.

4. Episod pertama drama ini sudah menarik minat penonton mengikuti jalan cerita ini.

5. Chemistry Nazim Othman dan Fasha Sandha serasi. Memang disukai penonton.

6. ED suka babak suasana kampung dan komuniti pekerja pasar dalam drama ini.


Selepas ED tengok video klip ni, ED terus tertarik untuk menonton drama ini..

7. Drama ini membuatkan ED teringat telenovela Mexico yang ED suka tengok dulu2. Drama Lara Aishah memang standard telenovela Mexico (walaupun adaptasi telenovela Laloba).

8. Walaupun tema drama ini berkenaan perbezaan darjat dan cinta, bagi ED tidak mengapa kerana ED nak tengok lakonan pelakon2 hebat dalam drama ni.

9. Tidak bosan menonton drama ini kerana setiap episodnya ada babak2 menarik.

10. Drama ini terbaik daripada segala aspek seperti montaj, latar tempat dan tak kedekut props.

Drama Lara Aishah, drama pertama Astro yang menarik minat ED menontonnya. Tahniah untuk semua team produksi yang menjayakan drama ini. Udada Ubabye!!



ED: Terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi