TAJUL ARIF NOOR B MD.SHARI - 22 TAHUN, atau lebih mesra di gelar TAJUL ARIF antara pelapis yang meneruskan perjuangan Allahyarham ACHIK spin di dalam industri hiburan tanahair. Selain Tajul yang merupakan anak bongsu dari 10 orang adik beradik, Khalis, Awis dan Baby Acha juga merupakan ahli keluarga yang menyambung minat dan kerjaya sebagai anak seni setelah pemergian Allahyarham ACHIK spin.
“sebenarnya bukan mudah untuk menjadi anak seni dan popular seperti abang saya Achik, tetapi saya bersyukur kerana saya berusaha dan berdiri atas bakat sendiri tanpa menumpang Allahyarham kerana saya mula menjadi penyanyi setelah ketiadaan beliau”
Tajul mula dikenali dengan single pertama – SEDALAM RINDU yang berjaya meletak nama beliau standing artis seangkatan popular yang lain. Pernah tersenarai dalam top 5 kategori artis baru popular dan duo / berkumpulan popular di ABPBH, serta memenangi kategori Penyanyi Kolaberasi Terbaik EDMA 17 menerusi lagu Di sana Cinta Di sini Rindu membuktikan kehadiran beliau sebagai penyanyi diterima dan tidak dipandang sepi.
Tajul semakin dikenali apabila mula digandingkan dalam single duet bersama Wany Hasrita. Gandingan mereka yang dikatakan serasi seolah olah mengimbau Kembali zaman kegemilangan ACHIK bersama NANA. Di Sana Cinta Di Sini Rindu single duet yang sangat popular sehingga menjadi siulan dan lagu kegemaran anak muda ber karaoke.
Memandangkan hubungan mereka serasi dan sepadan, Tajul dan Wany juga pernah digosipkan menjalin kan hubungan cinta. Namun gosip yang di gembar gemburkan itu tidak benar apabila Tajul menggemparkan industri hiburan bila kisah beliau bernikah secara senyap tersebar.
Tajul
Selain DI SANA CINTA DI SINI RINDU, dua lagi single duet Tajul bersama Wany Hasrita turut meletop dan popular diputarkan di radio.
- RINDU DALAM BENCI
- AKU SERIUS
Setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta – NURUL SHAMIEZA – 24, Tajul dianugerahkan seorang puteri – ADRIANA CARISA – 1 tahun 2 Bulan.
“Alhamdulillah hidup saya kini lebih teratur dan bahagia, sejak ada anak ni saya rasa lebih bersemangat untuk tingkatkan kerjaya saya, saya nak isteri dan anak saya rasa hidup senang dan selesa” .
Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul telah menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya. IZINKAN AKU merupakan single solo tajul yang terbaru bakal dilancarkan disemua saluran digital dan muzik video di saluran Youtube FMC Music mulai 24hb Disember 2020 jam 8 malam .
Buat pertama kalinya tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru – Tuah Adzami. Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri. Namun ada sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang dijalankan.
“sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh. Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional”
Khabarnya telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi sewaktu sessi rakaman berlangsung. Dan mereka dikatakan saling bertikam lidah dan hampir tumbuk menumbuk. “ Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima, kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana mlm sebelum tu anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung”
Dikatakan Tajul hampir balik meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap Tuah Adzmi. “saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal tu dan mengeluarkan kata – kata yang tak sedap saya dengar dan mencabar tahap kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan bos FMC call ( Mr.Ho) pergaduhan kami tamat di situ. Dan saya dah pun minta maaf pada Tuah”.
“saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi” Kata Tajul bila dimintya mengulas tentang kejadian tersebut.
Walaubagaiman pun proses rakaman dapat diselesaikan setelah berhenti rehat dan disambung setelah beberapa jam berikutnya.
“dah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya, apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua”.
Harapan Tajul Arif semoga kehadiran single IZINKAN AKU ini diterima semua peminat walaupun saya kini sudah bergelar ayah, moga sokongan peminat terhadap saya tidak berkurang.
“terima kasih pada semua peminat saya yang selama ini menyokong saya,moga kalian terus menyokong ayah muda ini, agar saya dapat membuktikan kepada semua bahawa tidak salah berkahwin diusia muda asalkan suami rajin dan cekal bekerja demi keluarga dan anak”
JUDUL - IZINKAN AKU
PENCIPTA -TUAH ADZMI
LIRIK - TUAH ADZMI / TAJUL ARIF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan