Khamis, 24 Disember 2020

(Ulasan) Episod akhir drama Misteri Mona

Berikut ulasan episod akhir drama Misteri Mona.

Lakonan mantap Redza Rosli, Janna Nick dan Elisya Sandha.

Sinopsis:
Rupa-rupanya Anom mengalami split identity setelah Mona meninggal dunia dibunuh oleh bapa tirinya. Anom cipta watak Mona supaya dia rasa kakaknya masih ada. Sejarah hidup Anom yang berliku menyebabkan dia mengalami masalah mental. Suaminya Nadeem rupanya Fahmi, adik-beradik tirinya yang juga mengalami masalah mental. Anom (yang rasa dirinya Mona) bunuh ibunya supaya dapat kahwin dengan Nadeem. Selepas kejadian itu, Anom kadang-kadang rasa bersalah apabila dia rasa, dia yang bunuh ibunya. Nadeem menenangkan Anom dengan memberikan ubat terlarang supaya Anom hilang ingatan. Anom juga yang tanam anaknya hidup-hidup sebab penyakit mentalnya. Huhuhu... Tragisnya ending drama ni. Nadeem juga bukan doktor, cuma dia berilusi bekerja sebagai doktor mental di dalam bilik rumahnya. Patutlah Farah dengar bunyi pelik sebelum ni di bilik rumah Nadeem.

Nadeem cuba membunuh Farah setelah rahsianya diketahui. Anom cuba menyelamatkan Farah dengan membunuh suaminya. Apabila penyakit Anom datang, dia pula mahu membunuh Farah tetapi polis datang lalu menembak Anom. Mujur Anom tak mati dan Anom dah berada di tempat yang sepatutnya, hospital mental.

Ulasan: 
Tak nak cakap banyak, drama ni terbaik! Dramatik betul ending drama ni. Tak rugi follow, ending pun puas hati.

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi