Ahad, 16 Januari 2011

Kismis (Kisah Misteri) di UKM

Hai, pernah tengok hantu tak? Hari ini ED nak cerita pasal hantu. Kalau nak tengok entiti hantu ni, anda boleh tengok Seekers musim ke 7 di saluran NTV7 setiap hari Rabu tepat pukul 9 malam. ED suka tengok rancangan ni sebab nak menambahkan ilmu pengetahuan. Hehehe..

team Seekers musim ke 7
 
Setiap kali ED tengok rancangan ni, mesti ED akan teringat balik kenangan seram tinggal di bilik B2122 kolej Pendeta Zaba, UKM. Betul, ED tak tipu. ED pernah mengalami kejadian seram tinggal di bilik tersebut semasa tahun 2008 (semester akhir). Alhamdulillah, ED cuma dapat kejadian2 pelik je & tak nampak pun entiti dalam bilik tu. ED cerita ringkas je eh.

ED & friends UKM: Muzaidi (tshirt putih), Fiza (baju kurung), Pejal (sebelah ED)
  1. ED tinggal di bilik tu dengan Muzaidi (room mate). Muzaidi akan balik rumah setiap hujung minggu sebab rumah dia di Seremban (dekat dengan Bangi, UKM).
  2. Haa, bila ED tinggal sorang2 dalam bilik tu, inilah kejadian2 misteri yang pernah berlaku dalam bilik tu.
  • Komputer ED pernah ter "on" sendiri, bila ED balik dari kafe (lepas makan).
  • Tingkap bilik ED pernah terbuka luas, waktu tu ED baru balik dari Kajang bersama kawan2. Sebelum keluar, ED akan tutup semua tingkap & kunci pintu bilik.
  • Ada kucing & 3 ekor anak kucing di dalam bilik. ED pelik macam mana kucing boleh masuk? Kejadian tu berlaku setelah ED pulang ke UKM semula (selepas pulang bercuti di JB).
  • Kejadian Maggi ED berterabur dalam bilik setelah tingkap bilik terbuka (tak tahu macam mana boleh terbuka?). Tapi tiada barang yang hilang dalam bilik tu. Ingatkan ada pencuri masuk. Pelik kan?
  • Paling seram, selimut dan tuala muka ED pernah digunting-gunting. Peristiwa tu berlaku pada hari Khamis, bila ED baru balik dari kuliah kira2 jam 4.30 petang. Kejadian pelik berlaku mesti masa room mate ED tiada. Lihat bukti gambar kejadian di bawah:
inilah bilik yang ED cerita tu


 selimut ED yang digunting menyerong di kedua2 sisi lipatan

 
tuala ED pun digunting menyenget di kiri dan kanan

 
Ada 2 cawan room mate (berisi air masak) terhidang di atas meja ED. Asam jawa ni pun room mate punya. ED pelik macam mana benda ni ada atas meja ED padahal dalam bilik takde orang? Siapa pula yang menggunting selimut & tuala muka ED? Misteri............... (gambar2 di atas memang benar semasa hari kejadian, bukan lakonan semula)


Setiap kali ED ada kejadian pelik tu, ED akan ambil yasin letak di kepala semasa tidur. ED juga letak AlQuran di atas meja supaya dijauhkan dengan benda2 tu. Alhamdulillah, ED tak jumpa pun entiti2 tu. Udada Ubabye!!


ED: Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak?

5 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi