Isnin, 29 Ogos 2011

Kisah menyentuh hati menjelang Aidilfitri..


Assalammualaikum. Insya Allah, esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di dalam kita bergembira, ED nak kongsi sebuah kisah benar tentang seorang murid ED di sekolah. Semoga perkongsian cerita ini mengajak kita menyambut Hari Raya dengan penuh kesederhanaan. Jom kita lihat kisah benar yang menyentuh hati ini.


Ini kisah anak murid ED. Walaupun baru darjah 5, dia sudah belajar erti hidup susah dan dahagakan kasih sayang seorang ibu. Untuk pengetahuan anda, ibu murid tersebut sudah lari mengikut teman lelakinya. Kini dia tinggal dengan abang dan ayahnya di tingkat atas rumah kedai. Ayahnya hanya pemungut besi buruk. Malangnya murid ini apabila ayahnya seorang kaki mabuk. Semasa bulan puasa, hanya murid itu sahaja yang berpuasa dalam keluarganya tanpa bersahur. Tahun lepas, murid tersebut merayakan Aidilfitri tanpa ketupat dan rendang. Dia juga tidak beraya dan baginya Hari Raya sama sahaja seperti hari biasa. Kasihan ED tengok perjalanan hidup murid tersebut. Lihatlah, dalam kita bergembira, masih ada insan yang tidak berdaya. Mari kita doakan kesejahteraan untuk murid perempuan tersebut.

Okelah, semoga kisah di atas menjadi iktibar. Dikesempatan ini, ED nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog EDtv. Tak lupa juga, Selamat Hari Merdeka. Aidilfitri disyukuri, Kemerdekaan dirai. Mulai esok hingga Jumaat, ED akan bercuti daripada menulis blog. ED akhiri dengan sebuah video raya yang syahdu syahdan untuk tatapan semua. Udada Ubabye!
 
ED: Maaf zahir batin sekiranya catatan ED mengguris hati sesiapa.

Ahad, 28 Ogos 2011

Kasih Alia berakhir, Soffiya menyusul di TV3


Assalammualaikum. Hari ini ED nak berkongsi dengan anda tentang episod akhir Drama Kasih Alia. Anda tahu tak bila? Kalau nak tahu bila episod akhir Kasih Alia, teruskan membaca catatan hari ini. Selepas itu, ED akan beritahu anda tentang drama baharu yang akan menyusul selepas Kasih Alia. Seperti biasa, jom kita Zest & Zrett tentang drama Kasih Alia terlebih dahulu.

 5 yang Zest tentang Kasih Alia!
  1. ED sangat suka tengok opening Kasih Alia yang memaparkan banyak pelakon menangis. Syahdunya.. Hehe..
  2. Lagu teriakan kalbu oleh Fida memang cocok (sesuai) dengan drama ini. Best!
  3. Tahun lepas, ED tak tengok Epilog Syurga Cinta. Bila tengok Kasih Alia, baru ED tahu yang Fida ni berbakat berlakon dan menyanyi. Tahniah!
  4. Kak Sheila, you are the best actress! Watak apapun boleh!
  5. Jalan ceritanya sedih dan menyayat hati. ED suka cerita sedih2 ni.
2 yang Zrett tentang Kasih Alia!
  1. Masa siaran yang tidak sesuai! Harap2 lepas ni, Slot Akasia dikembalikan ke waktu siaran asal iaitu pukul 6.30 petang.
  2. Iklan macam sama banyak dengan masa siaran drama ini. Tapi ada bagusnya juga untuk penonton2 menuju kejayaan (Faham2 sendiri ye..)
Masa yang dinanti telahpun tiba. Insya Allah, kalau tiada pindaan siaran, Drama Kasih Alia akan tamat pada bulan September ini. Bila tarikhnya? Jom lihat gambar di bawah!

 Episod Akhir Kasih Alia, 20 September ini..

Selepas Kasih Alia, drama baharu slot Akasia yang baharu "Soffiya" akan menyusul. Kalau tak silap, Tiz Zaqyah akan menjadi watak utama dalam drama Soffiya yang akan datang. Rezeki Tiz Zaqyah tak putus2 dengan TV3. Wajahnya selalu ada di TV3 pada tahun ini.

Teraju utama Soffiya, Tiz Zaqyah dan Fizo Omar

Insya Allah, Drama Soffiya akan bersiaran pada 21 September nanti. Selain Tiz Zaqyah, jom kita lihat barisan pelakon yang membintangi drama Soffiya.

Azhar Sulaiman, Tiz Zaqyah, Izara Aisyah dan Fizo Omar

ED ada 1 pengumuman untuk anda, ED akan bercuti menulis blog pada Hari Raya nanti. ED akan bercuti mulai hari Selasa hingga Jumaat ini. Insya Allah, kalau ada bahan, ED akan menulis blog kembali pada Hari Sabtu depan. ED pun nak beraya jugak. Hehehe.. Okelah, Udada Ubabye!


ED: Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Sabtu, 27 Ogos 2011

Jom belajar menganyam ketupat!


Assalammualaikum. Lebaran dalam 2 hari lagi. Apa menu wajib anda di pagi raya? Ketupat merupakan simbolik makanan yang disediakan di pagi raya. Bila ada ketupat, aura Hari Raya tu lain sedikit. Rasa meriah je.. Bercakap pasal ketupat, ED sampai sekarang tak pandai untuk menganyam ketupat. Pernah belajar, tapi masih tak dapat buat juga. Hari ini ED nak belajar buat ketupat la. Jom temankan ED belajar menganyam ketupat melalui video di bawah.

 Video cara2 menganyam ketupat

Walaupun dah ada ketupat segera di dalam plastik, namun ketupat asli lebih menambahkan suasana pada Hari Raya nanti. Buat pengetahuan semua, semalam ED survei daun ketupat yang belum dianyam seikat ialah sekitar RM 4.50 hingga RM5. Harganya telah naik. Sebelum ini, kalau tak silap harganya dalam RM3 seikat. Okelah, selamat berbelanja dengan bijak ye. Udada Ubabye!

 Video raya untuk anda.. Lagu Best!
 
ED: Insya Allah, ada ketupat di rumah ED pada pagi raya nanti..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tasha Shilla botak dalam Ramadan Terakhir.


Assalammualaikum. Semalam, tamatlah sudah drama Ramadan yang paling diminati ramai iaitu Ramadan Terakhir. Terbaik kan drama tu? Jalan cerita drama Ramadan Terakhir sangat menarik dan apa yang dijangkakan oleh penonton tidak sama dengan cerita sebenarnya. Ramai penonton dan ED sendiri yang menjangkakan Hisham (Esma Daniel) yang akan mati pada penghujung episod sebab pada permulaan cerita, doktor kata dia menghidap HIV dan tidak akan hidup lama. Tetapi, pada kemuncak episod, rupa-rupanya Tasha Shilla (Sakinah) yang mati disebabkan leukimia.

 Tasha Shilla

ED tak sangka yang Tasha Shilla akan berlakon dengan berkepala botak dalam drama ini. Walaupun bukan botak betul-betul, tapi babak dia membuka tudung dan menunjukkan kepalanya yang botak telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada penonton. Tahniah Tasha Shilla, lakonan awak memang hebat! Tahun ini, ED dah tengok 3 drama Tasha Shilla di TV3. Mula-mula Gemilang, lepas tu Sahara dan yang terkini Ramadan Terakhir. Jom lihat sekali lagi Tasha Shilla berkepala botak dalam drama Ramadan Terakhir. Cantik tak?

Babak Tasha Shilla berkepala botak dalam Ramadan Terakhir

 Walaupun botak Tasha Shilla tak nampak real, tapi lakonan dia mantap!

Okelah, ED nak beritahu yang drama Samarinda akan dicutikan selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada rancangan2 sempena Hari Raya. Insya Allah, slot Samarinda akan kembali lagi pada 13 September nanti. Maaf, setakat ini ED tak tahu lagi drama baharu apa yang akan ditayangkan selepas ini. ED akhiri dengan lagu tema Ramadan Terakhir "Jangan lupa namaku" daripada Pompa Bensin. Udada Ubabye!

 Lagu tema yang paling diminati ramai..

ED: Ramadan bakal berakhir dalam beberapa hari saja lagi.. Huhu..



Khamis, 25 Ogos 2011

Carta Lagu-Lagu Sempena Balik Kampung!


Assalammualaikum. Esok hari terakhir persekolahan di bulan Ramadan. Dijamin, mesti ramai orang yang dah tak sabar-sabar mahu balik ke kampung sempena raya nanti. Sambil anda menunggu hari untuk balik ke kampung, apa kata anda layan dulu carta lagu-lagu sempena balik kampung yang ED sediakan untuk anda. Semoga lagu-lagu ini menyemarakkan lagi semangat anda untuk pulang berhari raya ke desa. Eksklusif untuk pembaca blog EDtv, ED tujukan lagu-lagu ini untuk anda!

Carta Top 5
Lagu-Lagu Sempena Balik Kampung!


Nombor 5: Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz. Amacam? Suka tak lagu ni?



Nombor 4: Balik Kampung - Allahyarham Sudirman. Lagu ni best tapi ED letak di tangga keempat sebab ada lagu yang lebih terasa lagi kalau dengar semasa mahu balik ke kampung.



Nombor 3: Pulang Di Hari Raya - Noor Kumalasari. ED suka sangat dengar lagu ni. Rasa seronok nak menyambut raya bila dengar lagu ini.



Nombor 2: Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah. Melodi dan liriknya betul2 menyentuh jiwa orang yang mahu balik ke kampung. ED suka dengar lagu ni masa belajar di perantauan dulu. Hehe..



Nombor 1: Pulangkan - Misha Omar. 


Oppss, silap. Tiba-tiba je lagu Pulangkan jadi lagu raya kan? Hahaha.. Mesti blog EDtv kena boikot nanti. Hehe.. Gurau je. Sekali sekala bergurau, apa salahnya kan? Okelah, ini betul-betul lagu kesukaan ED. Sebab itu ED letak lagu ini di tangga pertama. Walaupun bukan lagu nostalgia, tapi lagu ini sangat indah untuk di dengar. Jom kita lihat lagu di tangga juara.

 Misha Omar

Nombor 1 yang betul-betul Nombor 1: Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda - Hujan dan Raihan. Best teramat lagu raya  ni. Inilah tujuan utama kita balik ke kampung kan? Sebab nak jumpa ayah dan ibu tersayang. Jom layan lagu mereka.


Selesai sudah segmen carta untuk hari ini. ED harap anda dapat bersabar dan berhati-hati apabila balik ke kampung nanti. ED mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Balik Ke Kampung kepada anda semua. Kirim salam pada keluarga anda ye. Udada Ubabye!!

ED: Berhati-hati di jalanraya. Tak nak berhati-hati di jalan raya, balik kampung naik sampan je. Hehehe..


Selasa, 23 Ogos 2011

Poster Cinta Elysa dahulu dan yang terkini..

Assalammualaikum. Anda dah tengok tak poster Cinta Elysa yang terbaru? Alhamdulillah, pihak Suhan Movies bersetuju menggunakan logo tulisan ED di dalam poster mereka. Ini ekoran kemenangan ED mencipta logo tulisan Cinta Elysa anjuran SuhanPost Blogspot. 

 Logo tulisan Cinta Elysa ciptaan ED

Sebelum ini, ED ada letak gambar poster terbaru Cinta Elysa di dalam Facebook EDtv. Kepada anda yang belum like FB EDtv dan anda yang belum lihat lagi poster terbaru Cinta Elysa, jom lihat poster tersebut di bawah. Eksklusif untuk anda, ED lampirkan juga poster Cinta Elysa yang sebelum ini.

Poster Cinta Elysa dahulu

 Warna pink dan putih menjadi warna tema

Poster Cinta Elysa yang terkini bersama logo tulisan ciptaan ED

Warna biru torquise dan ungu menjadi warna tema

Lagi gambar promo Cinta Elysa bersama logonya yang terdahulu..

Logo tulisan Cinta Elysa yang dahulu berwarna pink dan merah

Gambar promo Cinta Elysa yang terbaharu bersama logo tulisan ciptaan ED

Alhamdulillah, logo tulisan ciptaan ED digunakan dalam drama ini

sumber 4 gambar di atas kredit kepada: Suhan Post Blogspot

Okelah, malam ini drama Ana Lulu episod yang ke 12. Minggu depan drama Ana Lulu tidak dapat ditayangkan kerana memberi laluan kepada filem Nur Kasih The Movie (istimewa raya). Insya Allah episod akhir Ana Lulu pada 6 September nanti. Jika tiada pindaan, drama Cinta Elysa bakal menemui anda pada 13 September 2011. Masih lagi dalam suasana raya kan? Udada Ubabye!

Fasha Sandha, ED dan Johan Asari. Hehehe..

ED: Kalau ED dah terima hadiah daripada pihak Suhan Movies, nanti ED update kat blog ye..


Isnin, 22 Ogos 2011

TV3 rombak penayangan filem sempena Aidilfitri


Assalammualaikum. Minggu lepas ED dah pernah buat catatan tentang: 


ED nak minta maaf sebab TV3 dah rombak penayangan filem-filem tersebut di saat-saat akhir. Hari ini ED nak maklumkan balik kepada anda tentang filem-filem yang akan ditayangkan pada Hari Raya nanti. Banyak juga perubahan filem yang dirombak. Jom saksikan.

Hari Raya Pertama - Nur Kasih The Movie

 Lakonan mantap Remi Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz


Hari Raya Kedua - Senario The Beach Boys

 Semestinya lakonan kumpulan Senario, gitu-gitu.. haha..


Hari Raya Ketiga - Adnan Sempit

 Lakonan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana


Hari Raya Keempat - Empat Madu

 Lakonan Saiful Apek dan 8 pelakon wanita popular

Mungkin dalam beberapa hari lagi, anda dapat saksikan iklan filem-filem tersebut di TV3. Kalau tiada rombokan lagi selepas ini, Insya Allah, filem-filem yang telah ED sebutkan di atas bakal menemui anda di TV3 pada Hari Raya nanti. Semua filem tersebut akan ditayangkan pada pukul 9 malam. ED akhiri dengan sebuah lagu raya kesukaan ED. Udada Ubabye!!


ED: TV3 menjanjikan program2 TV yang menarik sempena Lebaran nanti. Selamat menonton!

Ahad, 21 Ogos 2011

Kantoi, murid perempuan bawa mercun!


Assalammualaikum. Lebaran dalam hitungan jari je kan? Dalam sibuk-sibuk menjelang lebaran,  banyak juga kedengaran kes budak-budak yang tak sayang jari. Maksud ED, kes budak2 yang terkena padah bermain mercun. Walaupun dah disiarkan di TV, budak2 seakan kebal dan tidak mengambil iktibar. Bercakap pasal mercun, ED nak cerita tentang apa yang berlaku di sekolah minggu ini.


Minggu ini, sekumpulan murid lelaki telah datang berjumpa ED. Mereka telah merampas sekotak mercun dan menyerahkannya kepada ED. Kalau mercun Pop Pop tak apa, tapi mercun mancis tuu.. Jangan tak percaya, mercun mancis tersebut ditemukan di dalam beg seorang murid perempuan kelas ED. Adoi, susah la nak percaya. Murid perempuan pula yang berani bawa mercun mancis ke sekolah. Walaupun dia tak main mercun tu, tapi tetap salah mengikut peraturan sekolah.

Mercun mancis yang dirampas

 Mercun mancis menghasilkan bunyi yang kuat apabila dibakar

Apabila ED masuk ke kelas murid tersebut, ED pun tanya la kenapa dia bawa mercun ke sekolah. Nak tahu apa jawapannya? Jom ikuti dialog ED bersama murid perempuan tersebut.

ED: Kenapa awak bawa mercun?

Murid: Saya pun tak tahu kenapa mercun tu ada dalam beg saya. Mungkin adik saya termasukkan mercunnya dalam beg saya.

Daripada jawapan murid tu, anda nilai sendiri la sama ada dia menipu atau tidak. Okelah, setakat itu sahaja cerita ED untuk kali ini. Hari ini hari Ahad, ED nak ucapkan selamat bershopping kepada anda yang akan keluar membeli-belah pada hari ini. Udada Ubabye!!

 Kepada murid2 perempuan, daripada main mercun lebih baik tolong mak buat kuih raya ye..

ED: Jangan main mercun, nanti tak cun!




Sabtu, 20 Ogos 2011

Cerekarama Aidilfitri, Di Telapak Kaki Bonda

Assalammualaikum. Hari ini ED nak beritahu anda telemovie yang akan disiarkan dalam slot Cerekarama TV3 pada Hari Raya Kelima nanti. Telemovie tersebut ialah "Di Telapak Kaki Bonda". Kalau tak silap, Diana Danielle merupakan pelakon utama dalam telemovie ini. Maaf, ED tak dapat cari la siapa yang pegang watak Bonda. Sama-sama la kita tunggu.

Diana Danielle

Selain Diana Danielle, ada 2 orang pelakon dalam drama Juvana berlakon dalam telemovie ini. Ada juga pelakon yang bukan beragama Islam juga turut membintangi telemovie hebat ini. Nak tahu siapa? Lihat gambar di bawah!

Haris Isa (Ayam Juvana), Izreen Azminda (Cikgu Zakiah) dan Hansen Lee
 
Telemovie Di Telapak Kaki Bonda ini arahan Khabir Bhatia. Haa, kalau sebut nama Khabir Bhatia, mesti hasil karyanya menarik untuk ditonton. Ingat sahaja pada drama Nur Kasih dan Kekasihku Seru yang mendapat rating tertinggi di TV3. Okelah, sama-sama kita saksikan telemovie Di Telapak Kaki Bonda ye.. Udada Ubabye!

 Catatan hari ini merupakan catatan dalam slot EDtv Lebaran

ED: Bila raya, stesen TV berlumba-lumba siarkan rancangan terbaik.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Drama Laila Manja berakhir, Kekasihku Puyu menyusul di TV3

Intan Ladyana dan Puteri Sarah

Assalammualaikum. Anda tengok tak drama Laila Manja di TV3? ED suka la tengok drama tu. Mungkin disebabkan jalan ceritanya yang mula-mula ditayangkan tu menarik. Masa Laila dan Manja yang diseksa oleh ibu tirinya masa mereka budak-budak lagi. Kalau anda mengikuti drama Laila Manja ini, mungkin anda faham apa yang ED maksudkan. Sebentar lagi, ED nak beritahu anda bahawa drama ini semakin hampir ke episod terakhirnya. Sebelum itu, jom kita Zest dan Zrett tentang drama Laila Manja!

4 yang Zest Laila Manja!
  1. Permulaan jalan cerita Laila Manja menarik dan menyentuh emosi penonton.
  2. Watak jahat lakonan Elly Suriati memang tidak dapat disangkal lagi. Hebat!
  3. Best juga tengok lakonan Puteri Sarah Liyana (Laila) dan Amar Baharin  (Manja) dalam drama ini. 
  4. Lagu tema "Perpisahan Ini" memang sesuai dengan drama ini. ED lampirkan di penutup catatan ini ye.

1 yang Zrett Laila Manja!! 
  1. Adakalanya penonton kena berfikir sedikit apabila menonton drama ini. Jalan ceritanya banyak isi yang tersirat.
Tahu tak bila episod akhir drama Laila Manja? ED ada jawapannya. Jom lihat gambar di bawah!

 Minggu depan, episod akhir Laila Manja. Bagaimanalah caranya mereka dapat tahu yang mereka ini adik beradik? Mesti tonton!
 
Selepas itu, jom kita lihat drama baharu dalam slot Lagenda TV3 iaitu Kekasihku Puyu. Jom lihat antara pelakon Kekasihku Puyu!

Intan Ladyana dan Rizal AF5 antara pelakonnya
 
Nak cerita sikit tentang drama Kekasihku Puyu, Rizal dalam gambar di atas merupakan mantan finalis Akademi Fantasia ke 5. Sepatutnya dia jadi penyanyi, tapi kalau dah rezekinya dalam dunia lakonan. Apa nak dikata? Sama-sama la kita saksikan drama lakonan hebat Intan Ladyana dan Rizal yang dijadualkan tayang pada 29 Ogos ini. Masa tu, ED rasa orang ramai sibuk menyiapkan persediaan Hari Raya kan? Okelah Udada Ubabye!

 
Lagu tema Laila Manja

ED: Sepatutnya ED nak post catatan ni pada hari Rabu, tapi blog EDtv ada masalah teknikal pulak. Teruskan setia membaca blog EDtv ye..




     
     

    Isnin, 15 Ogos 2011

    Alhamdulillah, ED menang mereka logo tulisan Drama Cinta Elysa TV3.

    Assalammualaikum. Alhamdulillah. Baru sebentar tadi ED dapat sms, emel dan kenyataan di halaman facebook EDtv yang ED telah menang dalam pertandingan mereka logo tulisan Cinta Elysa. Drama yang akan menggantikan drama Ana Lulu dalam slot Lestary TV3. Sungguh tak sangka dan teruja apabila rekaan ED yang simple telah menang. 

     Makluman pada FB EDtv (jom like!)

    Minggu lepas, ED suka-suka je memasuki pertandingan mereka logo title Drama Cinta Elysa lakonan Fasha Sandha yang ED minat tu. Rekaan ED memang simple. Inilah hasil rekaan ED menggunakan Adobe Photoshop. Tak sangka boleh menang. Hehe..

     Logo Tulisan Cinta Elysa rekaan ED

    InsyaAllah, ED dimaklumkan kalau tiada masalah, hasil logo tulisan rekaan ED akan digunakan dalam drama Cinta Elysa pada bulan hadapan. Ya Allah, ED memang teruja dapat menyumbangkan karya untuk drama tersebut. Lebih2 lagi ada FS. Hehe.. 

     Video promo Cinta Elysa

    Okelah, mesti anda nak tahu ED dapat hadiah apa kan? Kalau nak tahu, anda klik di blog Suhan Post ini. Kepada blogger2 yg meminati drama2 tempatan macam ED, anda boleh follow sekali blog Suhan Post. Boleh tahu tentang drama2 terbaharu terbitan Suhan Movies Rosyam Noor dan boleh join pertandingan lagi. Udada Ubabye!!

     Cinta Elysa, September ini di TV3

    ED: Syukur Alhamdulillah, rezeki Ramadan..







    Ahad, 14 Ogos 2011

    Filem-filem menarik sempena Aidilfitri 2011 di TV3

    Assalammualaikum. Hari ini 14 Ramadan 1432 Hijrah. Ini bermakna, sudah 14 hari kita berpuasa. Lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang. Istimewa hari ini, ED nak lancarkan logo EDtv Lebaran. Hehe.. Slot EDtv Lebaran akan membincangkan tentang isu-isu berkaitan raya. Macam program TV pulak, tapi TV memang inspirasi ED. Sebab tu nama blog ini EDtv. Eksklusif untuk anda, jom bongkar filem-filem menarik yang akan ditayangkan di TV3 sempena Aidilfitri nanti. Tapi sebelum tu, jom lihat dulu pelancaran logo EDtv Lebaran.

    lima..

    empat..

    tiga..

    dua..

    satu..

     Logo EDtv Lebaran.

    Semua topik2 berkaitan raya akan ED rangkumkan dalam slot EDtv Lebaran. Catatan pertama dalam slot EDtv lebaran ialah ED akan memberitahu anda tentang filem-filem yang akan ditayangkan pada Aidilfitri nanti di TV3. Dah tahu belum? Kalau belum tahu, jom kita lihat filem-filem yang akan ditayangkan dari Hari Raya Pertama hingga Hari Raya Keempat pada pukul 9 malam di TV3. Jom layan... 

    Hari Raya Pertama - Senario Beach Boys

    Lakonan Kumpulan Senario
     
    Hari Raya Kedua - My Spy

    Lakonan Harun Salim Bachik dan AC Mizal

    Hari Raya Ketiga - Santau

    Lakonan Puteri Mardiana dan Esma Daniel

    Hari Raya Keempat - Semerah Cinta Stilleto

     Lakonan Lisa Surihani dan Karid Kamil

    Mesti anda dah tengok filem2 ini kan? Kalau dah tengok, boleh la anda beraya pada malam-malam hari raya nanti. Okelah, hari ini mesti ramai daripada anda yang akan membeli baju raya dan barang-barang persiapan raya kan? Selamat bershopping ED ucapkan.  ED tujukan lagu di bawah ini kepada anda yang akan bershopping raya la. Udada Ubabye!


    ED: Teruskan bersama blog EDtv Lebaran ye..


    Jumaat, 12 Ogos 2011

    Opening Kasih Alia sangat kreatif!

     Fida dan Iqram Dinzly sebagai watak utama Kasih Alia
     
    Assalammualaikum. ED suka sangat tengok opening Kasih Alia. Kreatif dan terbaik la.. Ramai pelakon yang menangis dalam opening drama ini. Ditambah dengan lagu Teriakan Kalbu daripada Fida yang syahdu, semakin syahdu-syahdan rasanya. Hehe.. Tahniah la kepada pereka montaj drama ini. Jom lihat montaj atau opening drama Kasih Alia.

    Suka la tengok pelakon-pelakon menangis. hehe..

    Drama Kasih Alia memang best pun. Yang tak best cuma masanya je.. Kepada yang tidak dapat mengikuti drama ini, anda boleh menontonnya di www.tonton.com.my. Jangan lupa, daftar dahulu ye. Okelah, Udada Ubabye!!
     
     
    ED: Mari sokong drama2 tempatan.

    Blogger

    Foto saya
    Johor Bahru, Johor, Malaysia
    Blog Hiburan dan Peribadi